Lif berhenti secara mendadak. Kami mula panik. Tiba tiba, lampu dalam lif bermula berkelip-kelip dan kemudian mati. Saya mengunnakan cahaya dari telefon bimbit supaya saya boleh cari butang kecemasan. Selepas saya menekan butang itu, saya terdengar bunyi loceng kecemasan. Sudah 30 minit selepas saya menekan butang itu. Kami mula berasa sungguh panas tetapi kami masih boleh bernafas kerana angin masih boleh masuk ke lif itu dari lohong dalam lif itu. Semasa kami terperangkap di dalam lif, kami tidak dapat melihat apa-apa pun kerana lif itu gelap akibat lampu yang sudah mati. Selepas 15 minit lagi, kita terdengar ahli bomba dari luar lif kita menggunakan tuil besi untuk buka pintu lif itu. Apabila kami dari lif itu, kami mengucap terima kasih kepada ahli bomba itu dan kami diberi jus oren. Bau angin segar dan rasa jus oren pada masa itu sudah cukup bagi menjadikan kami rasa hidup semula.
-
Recent Comments
-
Recent Posts
Categories